CARA UNTUK LOG IN YES ID DAN PASSWORD DALAM AKAUN VLE FROG ANDA
Kepada para pelajar SRAB MERSING yang sudah mendapat YES ID dan PASSWORD bagi akaun VLE FROG anda, berikut adalah cara-cara untuk log in ke akaun anda.
LANGKAH 1:
Sila gunakan pelayar web (Web Browser) Google Chrome.
LANGKAH 2:
Taipkan alamat VLE FROG sekolah seperti berikut:
https://jct4001.1bestarinet.net
Kemudian tekan ENTER
Sila pastikan KOD SEKOLAH yang ditaip adalah betul. Ini kerana 10000 buah sekolah di Malaysia yang mempunyai akaun frog mempunyai alamat yang sama. Cuma yang membezakan hanyalah KOD SEKOLAH.
LANGKAH 3:
Paparan seperti berikut akan dipaparkan.
LANGKAH 4:
Sila isikan Yes ID dan Password anda pada ruangan yang telah disediakan.
Yes ID anda boleh ditaip menggunakan huruf kecil.
LANGKAH 5:
Klik Ok
LANGKAH 6
Masukkan semula YES ID dan password anda.
LANGKAH 7:
Bagi pengguna baru, arahan berikut akan di paparkan.
Sila tandakan pada kotak kecil “Click here to accept terms and condition”.
Klik Accept
LANGKAH 8:
Inilah paparan bagi Your Dashboard anda. Anda boleh mengedit ruangan Dashbord ini.
LANGKAH 9:
Klik icon Quick Launch (gambar petir) seperti di bawah.
Klik icon School Dashboard.
LANGKAH 10:
Ini adalah paparan bagi School Dashboard.
Segala info berkaitan dengan sekolah akan dipaparkan di ruangan ini.
Klik menu 1BESTARINET VLE FROG pada bahagian kiri paparan.
LANGKAH 11:
Laman 1BESTARINET VLE FROG akan dipaparkan.
Klik pada Site Link seperti yang ditunjukkan untuk ke laman khas pembelajaran VLE FROG.
LANGKAH 11:
Ini adalah laman khas pembelajaran 1Bestarinet VLE Frog bagi anda semua.
Klik pada menu VIDEO TUTORIAL.
LANGKAH 12:
Anda boleh mengeksplorasi VLE Frog anda dengan melihat video-video di bawah.
Sila pilih VIDEO TUTORIAL (PELAJAR) sekiranya anda seorang pelajar.
Sila pilih VIDEO TUTORIAL (GURU) sekiranya anda seorang guru.
Sekiranya anda semua mempunyai pertanyaan berkaitan dengan VLE Frog, Sila menggunakan "LAMAN HUBUNGI" di dalam blog ini.
"SELAMAT MELOMPAT KE DUNIA BARU BERSAMA 1BESTARINET VLE FROG".